Sabtu, 26 November 2011

Raja Lawak-Nabil

Berikut adalah video persembahan Nabil dalam Raja Lawak musim ke-2 pada minggu ke-9. Saksikan video ini dan jawab soalan-soalan berikut:
1) Apakah watak Nabil dalam video tersebut?
2) Berikan satu sebab kenapa Nabil bangga menjadi anak Malaysia?
3) Apakah loghat yang digunakan dalam video tersebut?

Jumaat, 25 November 2011

Bintang Paling Popular 2008

Ahmad Nabil Bin Ahmad

BINTANG POPULAR 2008

            Bakat baru, Ahmad Nabil Bin Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) 2008, yang telah berlangsung di Arena Of Star, Genting Hinglands.  Beliau telah meraih127,524 undi, lalu mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi, Datuk Siti Nurhaliza, Aznil Nawawi dan kumpulan Meet Uncle Hussain.  Nabil menganggap kejayaannya itu seolah-olah bintang terang baginya.  Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berjiwa besar kerana ingin berjaya dalam industri seni tanah air.  Beliau pernah dianugerah sebagai Raja Lawak musim kedua.  Semenjak itu, beliau sering keluar di kaca televisyen sehingga mendapat kepercayaan pihak ASTRO untuk menerbitkan satu rancangan ‘Lu fikir la beb’ dan setiap lawaknya pasti mencolek hati penonton.

            Nabil yang telah dilahirkan pada 26 September 1983 di Mambau, Negeri Sembilan menyifatkan  durian runtuh setelah memenangi hadiah barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace Of The Golden Horses, selain trofi.  Beliau juga menyifatkan bagai orang mengantuk disorongkan bantal, setelah menerima hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.

            Beliau yang baru setahun jagung dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun 2007.  Nabil sentiasa merendah diri, beliau juga tersenyum kambing apabila dinobatkan menang dalam dua kategori iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

            Nabil tidak pernah hidung tinggi atas lelebihan dirinya.  Beliau menganggapkan kejayaannya tanam nangka tumbuhnya cempedak.   Pada tahun 2010 pula, Nabil telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Maharaja Lawak.


Khamis, 24 November 2011

A. Jawab Soalan

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
1.Siapakah Ahmad Nabil bin Ahmad?
2.Berapakah umur Nabil sekarang?
3.Berapakah jumlah kesemua anugerah
yang dikaut oleh Nabil?
4.Sebelum dinobatkan sebagai ‘Bintang
Paling Popular’, apakah gelaran pertama
yang diperolehi oleh Nabil?
5.Siapakah saingan Nabil yang paling
hampir?

Rabu, 23 November 2011

B. Simpulan Bahasa dan Peribahasa

Tuliskan simpulan bahasa dan peribahasa yang terdapat dalam petikan

1)____________________________
2)____________________________
3)____________________________
4)____________________________
5)____________________________
6)____________________________
7)____________________________
8)____________________________
9)____________________________
10)___________________________

Selasa, 22 November 2011

B. Simpulan Bahasa dan Peribahasa (sambungan)

Tuliskan simpulan bahasa dan peribahasa yang sesuai untuk setiap maksud di bawah:


1)Baru sahaja menyertai atau berkecimpung:_____________

2)Sombong atau megah:__________________

3)Hajatnya hanya sedikit tidak sangka dapat 
banyak:________________

4)Terlalu hendak akan sesuatu:____________________

5)Bercita-cita tinggi:____________________

6)Mendapat keuntungan:___________________

7)Tersenyum kerana gembira:__________________

8)Menggelikan hati:__________________

9)Bernasib baik:___________________

10)Tidak menunjuk-nunjuk akan kelebihan diri sendiri:__________________

Isnin, 21 November 2011

B. Simpulan Bahasa dan Peribahasa (sambungan)

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai:


1) Semasa Mazlan balik ke kampung, kebetulan buah-buahan sekarang masakNasib Mazlan betul-betul _______________
2) Nenek tidak boleh membaca dan menulis. Nenek
saya____________
3) Lelaki yang suka bertukar-tukar pasangan, sikapnya
_____________
4)Bahasa yang tidak betul struktur ayatnya, dipanggil
_________________
5)Suasana di dalam kelas menjadi senyap sunyi apabila
Zakiah yang _________itu tidak hadir ke sekolah.

Ahad, 20 November 2011

Perkembangan Terkini Nabil

Nabil telah menyertai pertandingan Maharaja Lawak bersama dengan peserta-peserta Raja Lawak seperti Jozan, Jambu, Sepah dan lain-lain. Nabil telah memenangi tempat ketiga di dalam Maharaja Lawak.
Nabil bersama trofi kemenangannya


Terkini, Nabil telah melangsungkan perkahwinan bersama dengan Zira bertempat di I-City Shah Alam pada 2 October yang lepas. Majlis perkahwinan yang menelan belanja hampir RM 177,000 berlangsung dalam keadaan meriah dengan kehadiran tetamu sekitar 2500 orang.
Nabil dan Zira sah bergelar suami isteri
Pasangan yang romantik
Semasa upacara memotong kek